Translate

20 August 2023

JPN menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan

2019 hingga 31 Julai 2023, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia 



JPN nafi dakwaan 54,000 warga China diberi kewarganegaraan

Bernama

Ogos 18, 2023 16:21 MYT

JPN nafi dakwaan 54,000 warga China diberi kewarganegaraan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata petikan yang ditular itu telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa sidang akhbar pada 9 Jan lepas sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN.

Menurut JPN, inti pati kenyataan Saifuddin ketika itu adalah memaklumkan komitmen beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu dilantik untuk membuat keputusan lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan yang telah tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.


Menurut JPN lagi, jumlah 54,000 permohonan yang disebut merujuk kepada jumlah permohonan dari 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

Berdasarkan rekod jabatan itu dari  2019 hingga 31 Julai lepas, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut negara asal)," menurut JPN.

JPN menegaskan bahawa proses yang dilaksanakan berkaitan penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

"Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat," menurut JPN.

JPN menegaskan bahawa permohonan kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.

Permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED