Translate

20 August 2023

Premis Zaitoun Yang Menjaja Khunafa dan Manisan Arab Ditutup Oleh DBKL Selepas Menjalankan Pemantauan




 TINDAKAN KHAS TASK FORCE DI SEKITAR BUKIT BINTANG

Baru-baru ini terdapat sebuah video yang sedang tular di media sosial mengenai tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh DBKL terhadap premis yang menjaja khunafa dan manisan arab di sekitar Bukit Bintang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.

Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja. Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) di premis terbabit.

Dalam operasi yang telah dijalankan itu, 1 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL dan premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (SEALED) dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Selain itu, dalam operasi yang sama DBKL turut menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang lain. Hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis tersebut telah meletakkan 2 meja kayu bulat dan 4 kerusi diatas siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan 1 notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam dibawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974.

Tindakan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang aduan, orang awam boleh boleh menyalurkan melalui portal ADU@KL di laman sesawang http://adukl.dbkl.gov.my






ADUAN ORANG RAMAI

Premis ini telah jadi viral di media sosial kebelakangan ini kerana mempelawa pelanggan untuk menari.




@sophianmohdzain7 Rakyat bersuara Krjn tegakkan keadilan dan undang-undang #PertahankanHakRakyat #PrihatinRakyat #TeamTerjahSurplus #LawanPATI #fyp #HakTetapHak #TerimaKasih ♬ original sound - Sophian Mohd Zainn




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED