Translate

31 August 2023

'Birthday Girl' Sarjan Husna puas, bangga jayakan lompatan di hadapan Agong, Permaisuri



'Birthday Girl' Sarjan Husna puas, bangga jayakan lompatan di hadapan Agong, Permaisuri

Bernama

Ogos 31, 2023 12:49 MYT
Persembahan Sarjan Saidatul merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA

'Birthday Girl' Sarjan Husna puas, bangga jayakan lompatan di hadapan Agong, Permaisuri

Persembahan Sarjan Saidatul merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Puas dan berbangga. Itulah yang dirasai Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, usai lompatan mengagumkannya merentasi 66 motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Lebih membanggakan, lompatan pertama kali di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu disempurnakan pada hari lahir ke-35 Saidatul Husna hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang teruja melihat aksi mendebarkan Saidatul Husna memberikan tepuk sanjungan kepada anak kelahiran Kedah itu yang turut mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya pagi ini.



"Aura lompatan hari ini cukup hebat dan lain dari lompatan-lompatan saya sebelum ini. Buat lompatan merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan (Yang di-Pertuan) Agong dan Permaisuri Agong serta disaksikan lautan manusia di kiri dan kanan landasan cukup mendebarkan.

"Seperti kebiasaan sebelum buat lompatan, saya kosongkan fikiran dan banyakkan berdoa berharap semuanya dilancarkan. Keluarga yang hadir menyaksikan saya di sini turut menyumbang selesaikan amanah yang besar ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tambah wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc kendaliannya pada sesi raptai penuh Selasa lepas sedikit mencemaskannya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pasukan mekanik akhirnya membolehkan lompatan paling jauh dalam rekod peribadi dan pasukan Army Red Warrior berjaya disempurnakan hari ini.

"Alhamdulillah berkat kerjasama rakan sepasukan yang umpama satu keluarga ini, semuanya berjalan lancar. Kami saling menyokong antara satu sama lain untuk jayakan setiap misi lebih-lebih lagi misi besar untuk negara, hari ini," kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Saidatul Husna sebelum ini pernah mencipta rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) yang dicatatkan di Malaysia Books of Record (MBOR) pada persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan, Mac lepas.

Lompatan ekstrem bermotosikal oleh Saidatul Husna merupakan antara persembahan menarik Army Red Warrior sempena Hari Kebangsaan 2023 selain aksi akrobatik motosikal melibatkan motosikal carrier menerusi aksi penunggang membawa motosikal menaiki tangga setinggi lapan kaki, formasi bunga raflesia, tugu negara dan merak.

-- BERNAMA

Watch on TikTok

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang | BEST FB' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia tren khas ke Pantai Timur sempena Aidil' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu mengaku tidak bersalah sebabkan kematian m' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Langgar syarat permohonan maaf, KPN fail prosiding' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'NIKAH LUNA MAYA & MAXIME BOUTTIER | LIVE | BEST FB' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja syarikat swasta digalak bekerja dari rumah' 1 hr 40 mins ago