Translate

30 August 2023

Banduan bebas secara lesen harap peluang kedua ubah kehidupan



Banduan bebas secara lesen harap peluang kedua ubah kehidupan

Bernama

Ogos 30, 2023 16:18 MYT

Banduan bebas secara lesen harap peluang kedua ubah
Penghuni penjara dibenarkan keluar dari penjara pada program perlepasan banduan secara berlesen "Merdeka Madani Kepulangan yang dinanti " di Penjara Taiping hari ini. - Foto Bernama

Penghuni penjara dibenarkan keluar dari penjara pada program perlepasan banduan secara berlesen "Merdeka Madani Kepulangan yang dinanti " di Penjara Taiping hari ini. - Foto Bernama

TAIPING: Banduan yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) mengharapkan peluang kedua dan berazam untuk mengubah kehidupan.

Seorang daripada mereka, dikenali sebagai Wan, 28, berkata dia dipenjarakan di Penjara Taiping sejak 13 Mac lepas dan tarikh bebas sebenarnya adalah pada 4 Okt ini.

Dia yang dihukum penjara atas kesalahan berkaitan dadah dibebaskan hari ini menerusi PBSL bertemakan Merdeka MADANI "Kepulangan Yang Dinanti" sempena Hari Kebangsaan esok.



Anak bongsu daripada empat beradik itu, berazam untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dan mahu bekerja serta tidak akan mengulangi kesilapan.

"Saya akan tunjuk contoh yang baik dan nasihat anak-anak buah supaya jangan ikut Pak Su dia, jadilah orang yang berguna," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Penghuni penjara dibenarkan keluar dari penjara pada program pelepasan banduan secara berlesen "Merdeka Madani Kepulangan yang dinanti " di Penjara Taiping hari ini. - foto Bernama

Penghuni penjara dibenarkan keluar dari penjara pada program pelepasan banduan secara berlesen "Merdeka Madani Kepulangan yang dinanti " di Penjara Taiping hari ini. - Foto Bernama

Wan berkata dia mula terjebak dengan dadah sejak berusia 18 tahun akibat pengaruh rakan-rakannya, selain stres kerana masalah keluarga.

Katanya, dia mahu pulang ke pangkuan keluarga dan menebus segala kesalahannya, serta mahu membuat mereka berasa bangga dengan perubahannya.

"Saya akan cuba juga menasihatkan kawan-kawan untuk jangan mengajak orang-orang macam kita (bekas banduan) yang berusaha untuk meninggalkan zaman silam ke arah yang tidak baik," katanya.

Sementara itu, seorang banduan dikenali sebagai Amir, 25, berkata dia mahu membantu keluarganya selepas ini dan mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik.

Amir yang sepatutnya dibebaskan Oktober ini atas kesalahan mencuri motosikal, juga dilepaskan menerusi program tersebut hari ini.

Katanya, dia berazam untuk berubah dengan mencari pekerjaan serta berjanji menunjukkan tingkah laku baik apabila bergaul bersama masyarakat.

"Insya-Allah boleh (berubah ke arah kebaikan), tak mahu lagi terjebak dengan orang-orang jahat. Ini merupakan kesalahan ketujuh saya dan sudah keluar masuk penjara sejak umur 17 tahun, cukuplah," katanya yang sebelum ini pernah terlibat kes berkaitan dadah.

Seramai 29 banduan terlibat dalam PBSL hari ini dengan lapan daripadanya dijemput keluarga, 12 orang dihantar menjalani latihan kemahiran berbayar menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CIS) dengan pihak industri, manakala sembilan lagi dihantar ke rumah perantaraan di Ipoh.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED