Translate

30 August 2023

PDRM siasat kenyataan Tun M berunsur penghinaan terhadap institusi diraja


PDRM siasat kenyataan Tun M berunsur penghinaan terhadap institusi diraja
30 Ogos 2023, 7:48am






PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad semalam susulan kenyataan beliau mengenai proklamasi orang Melayu pada 6 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan yang dibuat itu berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.



Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata turut diambil keterangan bagi membantu siasatan ialah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya.

Kes katanya disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelas Datuk Seri Mohd Shuhaily, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibat isu 3R

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 5 hrs 23 mins ago