Translate

28 August 2023

Bayi maut dipercayai didera, 9 ditahan bantu siasatan



Bayi maut dipercayai didera, 9 ditahan bantu siasatan

ASTRO AWANI

Ogos 28, 2023 17:08 MYT




Bayi warga tempatan berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Bayi maut dipercayai didera, 9 ditahan bantu siasatan

Bayi warga tempatan berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan sembilan individu susulan kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan yang maut dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, suspek terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita warga tempatan berusia 16 hingga 48 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

Jelasnya, penahanan dibuat selepas polis menerima maklumat daripada Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang memaklumkan menerima pesakit yang mempunyai kesan dera kira-kira jam 7 malam Sabtu.



Bayi warga tempatan berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, bayi lelaki itu telah dibawa ke hospital oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berusia lingkungan 30-an.

"Lelaki itu memberitahu bayi itu telah pengsan dan memerlukan rawatan sebelum beredar meninggalkan kawasan hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cheng San berkata, susulan daripada insiden itu polis telah menahan sembilan individu di sekitar Seberang Perai semalam.

"Salah seorang daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah dalam pelbagai kesalahan," katanya.

Kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk tujuan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND "NEARLY" COME BACK FROM THE' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BARA NAGA | Co' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs ago