Translate

30 August 2023

Anggota Polis FRU mengaku tidak bersalah rompak gelang emas peniaga




Anggota FRU mengaku tidak bersalah rompak gelang emas peniaga
Bernama
Ogos 30, 2023 16:22 MYT

Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dakwaan merompak gelang emas seorang wanita pada 23 Ogos lalu. -Foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan gelang emas milik seorang peniaga kedai runcit, minggu lepas.

Tertuduh Mohd Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khuzairi yang berpangkat Lans Koperal didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Kampung Tok Bintang, Kuala Berang dekat Hulu Terengganu antara 9.45 malam hingga 10.30 malam, pada 23 Ogos lepas.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 592) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayatuddin Muhammad.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 5 hrs 15 mins ago