Translate

25 August 2023

Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia, Harapan Malaysia kini disandarkan kepada tiga pasangan beregu negara



Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Bernama

Ogos 25, 2023 09:00 MYT
Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21. - Foto Facebook/BAM

Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21. - Foto Facebook/BAM

KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Dunia berakhir pada pusingan ketiga selepas disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Anders Antonsen dalam edisi 2023 di Copenhagen, pada Khamis.

Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21, dalam masa 53 minit, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.

Antonsen bakal bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto yang menewaskan rakan senegaranya, Kanta Tsuneyama, 21-19, 21-17, dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.



Harapan Malaysia kini disandarkan kepada tiga pasangan beregu negara iaitu penyandang juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kerana masing-masing berjaya mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu lawan masing-masing dalam perlawanan yang akan berlangsung hari ini.

Dalam pusingan lapan terakhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China manakala Pearly-Thinaah akan menentang seorang lagi gandingan China, Zheng Su Xian-Zheng Yu.

Tang Jie-Ee Wei pula akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.

-- BERNAMA 


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Balikpapan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs ago