Translate

30 August 2023

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

 Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Bernama

Ogos 30, 2023 14:42 MYTPegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor. -Gambar fail

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor. -Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

"Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat)," katanya ringkas kepada Bernama hari ini.



Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam satu kenyataan berasingan, mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis, semalam.

Dalam kenyataan ringkas itu, beliau berkata siasatan selari di antara (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) JIPS bersama SPRM sedang dijalankan.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata JIPS akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Amsterdam viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Status NFA bukan bermaksud siasatan kes simbah asi' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang zahir rasa terkejut 26,000 ekar tana' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan benar pertukaran majikan r' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Cairo viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 1 hr 45 mins ago