Translate

27 August 2023

Premis perniagaan di Batu Gajah, Perak diserbu pada Sabtu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.




Sebuah premis perniagaan di Batu Gajah, Perak diserbu pada Sabtu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang meletakkan syarat mewajibkan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan.


"Syarat itu tidak boleh diletakkan dan kalau ada, sila laporkan kepada kita kerana di bawah perintah bekalan itu, peniaga tidak boleh meletakkan syarat sedemikian dan kita akan ambil tindakan bersesuaian.

"Kita ada terima (aduan) dan kita dapat selesaikan aduan itu serta merta,” katanya selepas Program Bimbingan Usahawan dan Sesi Libat Urus bersama Intermediari Korporat SSM 2023 Peringkat Negeri Johor, di Hotel Holiday Villa di Johor Bahru, Johor pada Ahad.



Armizan ketika menghadiri Program Bimbingan Usahawan dan Sesi Libat Urus bersama Intermediari Korporat SSM 2023 Peringkat Negeri Johor, di Hotel Holiday Villa di Johor Bahru, Johor pada Ahad. — Bernama

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah, Perak yang diserbu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.

Pada Sabtu, sebuah premis perniagaan di Batu Gajah diserbu selepas didapati menjual gula pasir secara bersyarat.

Armizan dalam pada itu berkata, KPDN bersama beberapa kementerian seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencari solusi jangka panjang bagi mengatasi isu gula.

"Isu ini memerlukan solusi jangka panjang yang melibatkan beberapa kementerian dan baru-baru ini pun saya mempengerusikan beberapa mesyuarat untuk mencari solusi jangka panjang.

"Kita juga akan pastikan pengilang yang bertanggungjawab untuk membekalkan gula rakyat bertapis putih (kasar dan halus) sebanyak 42,000 metrik tan sebulan, itu yang mereka perlu tunaikan begitu juga pemborong kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Armizan berkata, Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Syarikat 2016, akan dibentangkan Oktober depan bagi memperkenalkan peruntukan baharu untuk membantu syarikat yang mengalami masalah kewangan secara menyeluruh, bukan hanya ketika berlaku pandemik. — Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND "NEARLY" COME BACK FROM THE' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BARA NAGA | Co' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs ago