Translate

31 August 2023

Adnan Zaylani dilantik Timbalan Gabenor BNM



Adnan Zaylani dilantik Timbalan Gabenor BNM

Harits Asyraf Hasnan

Ogos 31, 2023 10:20 MYT
Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat termasuk kewangan Islam dan pembangunan sektor kewangan. - Foto ihsan BNM

Adnan Zaylani dilantik Timbalan Gabenor BNM

Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat termasuk kewangan Islam dan pembangunan sektor kewangan. - Foto ihsan BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 September 2023.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun.

"Sebagai Timbalan Gabenor, Adnan Zaylani akan bertanggungjawab menyelia sektor Pasaran Kewangan dan Pembangunan.



"Beliau juga akan menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa Bank, termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, dan Jawatankuasa Dasar Bersama," memetik kenyataan tersebut.

Adnan Zaylani memulakan kerjaya beliau di BNM pada tahun 1994 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.

Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan BNM, Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan, serta ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan Lembaga Pengarah International Centre for Education in Islamic Finance.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED