Translate

31 August 2023

Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Rohingya Ke Festival Muzik KEPCI



Konsert KEPCI: Individu tampil perjelas tindakan bawa pelajar tahfiz
29 Ogos 2023, 8:19pm


Foto yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Seorang individu tampil mengakui beliau adalah individu yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Andrie Ung Han Xiang menjelaskan, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.

Menurutnya, dia bersama rakan mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan tular di media sosial rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Mengulas mengenai video tular itu, Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

Mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Andrie berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu itu.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tunggu hasil siasatan JPP - Ramanan' 2 hrs 36 mins ago