Translate

26 August 2023

Hari Kebangsaan: Pengguguran Awesome TV disebabkan faktor masa perjalanan program - Fahmi



Hari Kebangsaan: Pengguguran Awesome TV disebabkan faktor masa perjalanan program - Fahmi

Bernama

Ogos 26, 2023 12:45 MYT
FAHMI: Jadi bukan satu pihak sahaja (yang digugurkan). Jangka masa adalah terhad jika dilihat dari segi masa keseluruhan. -Gambar fail/Bernama

Hari Kebangsaan: Pengguguran Awesome TV disebabkan faktor masa perjalanan program - Fahmi

FAHMI: Jadi bukan satu pihak sahaja (yang digugurkan). Jangka masa adalah terhad jika dilihat dari segi masa keseluruhan. -Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Pengguguran saluran televisyen tempatan, Awesome TV daripada acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 disebabkan faktor masa perjalanan program sambutan itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata situasi itu bukan hanya dialami pihak Awesome TV sebaliknya terdapat beberapa syarikat lain turut digugurkan daripada menyertai acara itu pada sambutan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini, Khamis ini.

"Kita lihat dari segi jangka masa keseluruhan program, sebenarnya ada beberapa pihak yang mohon untuk sertai acara perbarisan, tetapi kami KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) tidak dapat memenuhinya.



"Jadi bukan satu pihak sahaja (yang digugurkan). Jangka masa adalah terhad jika dilihat dari segi masa keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Pada 24 Ogos, media melaporkan Awesome TV mendakwa telah digugurkan tanpa sebab daripada senarai peserta bagi acara perbarisan Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran.

Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran yang menyertai acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bakal menampilkan kelainan apabila menyaksikan penglibatan gabungan pelbagai agensi dan syarikat media tempatan.

Selain Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran, perbarisan dan perarakan tersebut juga akan disertai Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI, Kontinjen Ekonomi dan Kontinjen Perbankan.

Turut menyertai ialah Kontinjen Telekomunikasi, Kontinjen Komuniti, Kontinjen Sukan Negara, Kontinjen Kesejahteraan dan Kontinjen Keselamatan Negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED