Translate

05 April 2025

Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes penculikan



Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes penculikan

Bernama

04/04/2025


Polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dalam satu serbuan di Jalan Cengkeh, Taman Cheras, petang tadi. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom


KUALA LUMPUR: Polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dalam satu serbuan di Jalan Cengkeh, Taman Cheras di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 30 tahun berada dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz bersama seorang lelaki yang dipercayai mangsa penculikan di Taman Nusa Bestari, Johor, awal pagi tadi.

"Ketika kenderaan pasukan polis berhenti dan mengarahkan suspek keluar dari kenderaan, suspek beberapa kali melanggar kenderaan dinaiki anggota polis dalam cubaan melarikan diri.

"Bagi menghentikan tindakan suspek yang mengancam keselamatan pasukan polis, beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar kenderaan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai telah diculik di hadapan sebuah premis hiburan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 5.47 pagi tadi.


Motif penculikan masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 56 mins ago