Translate

07 April 2025

Sambutan Songkran Peringkat Kebangsaan di Perak 11 hingga 13 April



Sambutan Songkran Peringkat Kebangsaan di Perak 11 hingga 13 April

Bernama

07/04/2025


Songkran adalah majlis keraian utama dan penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Bumiputera Siam di Malaysia, yang menandakan kedatangan tahun baharu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. - Gambar fail/ Bernama


PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Persatuan Siam Malaysia akan menganjurkan Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 13 April ini di Dewan Songkran Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak.

Songkran adalah majlis keraian utama dan penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Bumiputera Siam di Malaysia, yang menandakan kedatangan tahun baharu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Sambutan itu juga sarat dengan nilai budaya bagi memperkenalkan tradisi, seni, dan budaya etnik minoriti Siam di Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata sambutan itu juga merupakan platform penting bagi memperkenalkan adat resam dan budaya masyarakat Siam kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia sejajar dengan matlamat Kerajaan MADANI dalam membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Program tiga hari itu bakal diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan tradisional Songkran, pameran budaya dan makanan tradisional, pertunjukan kebudayaan (tarian, seni dan muzik), pertandingan permainan tradisional, aktiviti mandi air (water splashing) dan aktiviti sosial dan kesenian bersama komuniti.

KPN mengajak orang ramai terutama di kawasan berhampiran untuk turut serta memeriahkan sambutan itu, dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh daripada laman sosial rasmi KPN.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lecturer claims trial for committing s*xual acts u' 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 40 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Miami viewed 'KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pe' 1 hr 8 mins ago