Translate

14 April 2025

Pemergian Profesor Khurshid Ahmad kehilangan besar kepada dunia Islam - PM Anwar



Pemergian Profesor Khurshid Ahmad kehilangan besar kepada dunia Islam - PM Anwar

Bernama

14/04/2025


Anwar berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ilmuwan, malah pemikir ulung serta arkitek kepada pemikiran ekonomi Islam moden dan pengasas bersama The Islamic Foundation di United Kingdom. - Gambar/ Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian tokoh ekonomi Prof Khurshid Ahmad, yang meninggal dunia semalam, sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini, berkata Allahyarham bukan sekadar seorang ilmuwan, malah pemikir ulung serta arkitek kepada pemikiran ekonomi Islam moden dan pengasas bersama The Islamic Foundation di United Kingdom.

"Salam takziah, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh beliau, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin," katanya.

Perdana Menteri turut berharap supaya legasi ilmu yang ditinggalkan oleh Khurshid Ahmad akan terus menyinari generasi akan datang.

Media antarabangsa hari ini melaporkan Khurshid Ahmad yang lahir pada 23 Mac 1932 di New Delhi, India, meninggal dunia pada usia 93 tahun di Leicester, United Kingdom, semalam.

Sementara itu dalam hantaran berasingan Anwar meluahkan rasa sedihnya atas kematian pengarang Peru Mario Vargas Llosa, dan menyifatkan pemenang Hadiah Nobel itu sebagai tokoh sastera yang karyanya menyuburkan minda dan mencabar pemikiran.

"Apabila saya menerima anugerah Order of the Sun of Peru tahun lepas, saya memikirkan tentang betapa istimewanya menerima pengiktirafan yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini," katanya.

Anwar berkata tulisan Vargas Llosa merakamkan sesuatu yang unik bagi rakyat Peru namun sangat universal, sambil menambah bahawa legasinya akan kekal.

Menurut laporan media, Vargas Llosa meninggal dunia di Lima semalam pada usia 89 tahun.

Pada 2010, beliau memenangi Hadiah Nobel kesusasteraan bagi karya penulisan bertajuk "Aunt Julia and the Scriptwriter" "Death in the Andes" dan "The War of the End of the World".

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 2 hrs 29 mins ago