Translate

01 April 2025

Kebakaran paip gas: PM Anwar minta kerajaan negeri, agensi berkaitan beri bantuan



Kebakaran paip gas: PM Anwar minta kerajaan negeri, agensi berkaitan beri bantuan

Bernama

01/04/2025


Anwar meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

112 mangsa cedera dan 49 rumah terjejas, dengan 63 mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau turut menitipkan doa agar semua urusan petugas yang terlibat dalam operasi berkaitan insiden itu dipermudah.




Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu.

Beliau berkata kesemua 112 mangsa yang cedera itu membabitkan penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.

"Daripada 112 mangsa itu, 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka.

"Bakinya iaitu 49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Khas JBPM dan PDRM di sini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 50 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | BEST F' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '"Instafamous Papaicici" fined RM3,000 for Offering' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 3 hrs 20 mins ago