Translate

01 April 2025

Kebakaran paip gas: 82 diselamatkan termasuk 12 cedera - MB Selangor



Kebakaran paip gas: 82 diselamatkan termasuk 12 cedera - MB Selangor

Bernama

01/04/2025


Kesemua mangsa telah menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman serta Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. -Facebook


SHAH ALAM: Seramai 82 mangsa diselamatkan setakat ini termasuk 12 orang tercedera susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di Subang Jaya, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

82 mangsa diselamatkan, termasuk 12 cedera, dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Mangsa menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman dan Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

78 anggota bomba sedang menjalankan operasi pemadaman, dengan api masih marak akibat sisa gas dalam saluran.

Beliau berkata kesemua mangsa telah menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman serta Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

"Susulan itu orang awam dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan kebakaran di Jalan Putra Harmoni Putra Heights di Subang Jaya sementara usaha-usaha pemadaman sedang giat dilakukan.

"Keutamaan pada masa kini adalah untuk mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Amirudin berkata 78 anggota bomba telah melaksanakan kerja-kerja pemadaman sejak 8.10 pagi tadi dan proses berkenaan sedang berlangsung sehingga kini.

"Keadaan api masih marak disebabkan sisa gas yang masih (ada) dalam saluran gas tersebut dan ini telah menyebabkan api marak menjulang tinggi di kawasan Jalan Putra Harmoni Putra Heights," katanya.

Sementara itu beliau mengesahkan hanya satu sahaja PPS dibuka setakat ini iaitu PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

Terdahulu media melaporkan JBPM sedang memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 12 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 49 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 1 min ago
A visitor from Janakpur viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 1 hr 5 mins ago