Translate

15 April 2025

Lebih 100 permohonan pas pelabur diterima JIM



Lebih 100 permohonan pas pelabur diterima JIM

Bernama

15/04/2025


Zakaria berkata, permohonan Pas Pelabur dibuat melalui single window gateway iaitu permohonan melalui sistem MYXpats di mana semua permohonan akan melalui satu saluran sahaja. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Sebanyak 102 permohonan Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) Untuk Pelawat Perniagaan Atau Pelabur Asing (Pas Pelabur) diterima, sejak pelaksanaannya pada 1 April lepas, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya satu permohonan yang disokong, empat permohonan masih dalam proses verifikasi, 30 permohonan ditolak atas pelbagai sebab termasuk dokumen tidak lengkap dan selebihnya masih dalam peringkat draft oleh pemohon.

"Setiap permohonan akan mengambil masa lima hari untuk diproses Jabatan Imigresen (JIM) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), selepas dokumen disahkan lengkap.

"Menerusi kemudahan ini, individu yang layak dibenarkan untuk memasuki dan tinggal di Malaysia selama enam bulan dan boleh dilanjutkan selama enam bulan lagi, tertakluk kepada keperluan Visa Masuk Berganda (MEV)," katanya kepada media ketika ditemui selepas Sambutan Hari Raya JIM, di sini, pada Isnin.

Pas Pelabur diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan kemasukan pelawat perniagaan dan pelabur asing yang telah komited untuk melabur di Malaysia melalui agensi pelaburan atau agensi berkaitan yang diiktiraf.

Zakaria berkata, permohonan Pas Pelabur dibuat melalui single window gateway iaitu permohonan melalui sistem MYXpats di mana semua permohonan akan melalui satu saluran sahaja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Segelintir Majikan Masih Degil Enggan Bayar Gaji M' 16 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 17 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Segelintir Majikan Masih Degil Enggan Bayar Gaji M' 25 mins ago
A visitor from London viewed 'Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepany' 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Mardin viewed 'PNB has appointed Hanizan Hood its chief investmen' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago