Translate

14 April 2025

PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN



PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN

Bernama

14/04/2025


Ahmad Munzirie (tengah) mewakili Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis di IPD Tapah pada Isnin terhadap calon PN berhubung isu tipu tauliah. - Gambar/ Sinar Harian


TAPAH: Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan penipuan dalam permohonan tauliah mengajar agama oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Abd Muhaimin Malek.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Ahmad Munzirie mendakwa Abd Muhaimin memperoleh tauliah mengajar agama daripada Jabatan Mufti Negeri Perak meskipun memegang jawatan politik, yang disifatkannya bercanggah dengan garis panduan sedia ada.

Beliau berkata kemungkinan berlaku pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, seperti Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 468 kerana pemalsuan dokumen.

"Calon terbabit dipercayai memperoleh tauliah walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding pada pilihan raya. Ini bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam negeri," katanya.

Justeru, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tanpa kompromi bagi menjunjung keluhuran undang-undang serta institusi diraja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 2 hrs 11 mins ago