Translate

14 April 2025

PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN



PRK Ayer Kuning: Pemuda Amanah buat laporan polis terhadap calon PN

Bernama

14/04/2025


Ahmad Munzirie (tengah) mewakili Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis di IPD Tapah pada Isnin terhadap calon PN berhubung isu tipu tauliah. - Gambar/ Sinar Harian


TAPAH: Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan penipuan dalam permohonan tauliah mengajar agama oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Abd Muhaimin Malek.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Ahmad Munzirie mendakwa Abd Muhaimin memperoleh tauliah mengajar agama daripada Jabatan Mufti Negeri Perak meskipun memegang jawatan politik, yang disifatkannya bercanggah dengan garis panduan sedia ada.

Beliau berkata kemungkinan berlaku pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, seperti Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 468 kerana pemalsuan dokumen.

"Calon terbabit dipercayai memperoleh tauliah walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding pada pilihan raya. Ini bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam negeri," katanya.

Justeru, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tanpa kompromi bagi menjunjung keluhuran undang-undang serta institusi diraja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Khaled Nordin tiba di Berlin untuk UN Peacekeeping' 9 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 4 hrs 2 mins ago