Translate

01 April 2025

Kebakaran paip gas: 82 diselamatkan termasuk 12 cedera - MB Selangor



Kebakaran paip gas: 82 diselamatkan termasuk 12 cedera - MB Selangor

Bernama

01/04/2025


Kesemua mangsa telah menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman serta Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. -Facebook


SHAH ALAM: Seramai 82 mangsa diselamatkan setakat ini termasuk 12 orang tercedera susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di Subang Jaya, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

82 mangsa diselamatkan, termasuk 12 cedera, dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Mangsa menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman dan Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

78 anggota bomba sedang menjalankan operasi pemadaman, dengan api masih marak akibat sisa gas dalam saluran.

Beliau berkata kesemua mangsa telah menerima rawatan awal di Surau Nurul Iman serta Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

"Susulan itu orang awam dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan kebakaran di Jalan Putra Harmoni Putra Heights di Subang Jaya sementara usaha-usaha pemadaman sedang giat dilakukan.

"Keutamaan pada masa kini adalah untuk mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Amirudin berkata 78 anggota bomba telah melaksanakan kerja-kerja pemadaman sejak 8.10 pagi tadi dan proses berkenaan sedang berlangsung sehingga kini.

"Keadaan api masih marak disebabkan sisa gas yang masih (ada) dalam saluran gas tersebut dan ini telah menyebabkan api marak menjulang tinggi di kawasan Jalan Putra Harmoni Putra Heights," katanya.

Sementara itu beliau mengesahkan hanya satu sahaja PPS dibuka setakat ini iaitu PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.

Terdahulu media melaporkan JBPM sedang memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 14 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 22 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 25 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 27 mins ago
A visitor from Boydton viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 33 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 13 mins ago