Translate

15 April 2025

JPJ Negeri Sembilan keluar 4,611 notis saman sepanjang Op HRA



JPJ Negeri Sembilan keluar 4,611 notis saman sepanjang Op HRA

Bernama

15/04/2025


Dalam Op HRA 2025 yang lalu, 867 saman dikeluarkan untuk kesalahan utama, pelesenan pemandu (726), pelesenan kenderaan (1,036), barangan (356), teknikal (1,014) dan lain-lain kesalahan (612). - Foto Facebook JPJ Negeri Sembilan


SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 4,611 notis saman atas pelbagai kesalahan selepas 7,335 kenderaan diperiksa menerusi Op Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April lepas.

Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata antara kesalahan itu, termasuk berkaitan pelesenan kenderaan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

"Dalam operasi itu, sebanyak 867 saman dikeluarkan untuk kesalahan utama, pelesenan pemandu (726), pelesenan kenderaan (1,036), barangan (356), teknikal (1,014) dan lain-lain kesalahan (612).

"Antara kesalahan utama dikesan membabitkan memotong barisan (27), memotong di garisan berkembar (17), tidak mematuhi isyarat lalu lintas (380), memandu di lorong kecemasan (104), menggunakan telefon bimbit (89), tidak memakai topi keledar (70) dan tali pinggang keledar (66) serta memandu kenderaan berat di lorong laju (114)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 93 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan, antaranya tidak mempunyai insurans dan cukai jalan serta kenderaan yang dipandu warga asing tanpa lesen sah.

Hanif Yusabra berkata sebanyak 22 notis dikeluarkan kepada pemilik bas hasil pemeriksaan di terminal bas manakala daripada 127 pemeriksaan urin yang dilakukan terhadap pemandu bas, seorang didapati positif Methamphetamine.

"Semua pemilik dan pemandu kenderaan, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, pematuhan bukan sahaja mengelakkan tindakan undang-undang, tetapi mampu menyumbang kepada keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 2 hrs 22 mins ago