Translate

16 April 2025

Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Feringghi

 Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Feringghi

16 April 2025, 11:08am



Tangkap layar video tular memaparkan gadis dengan tarian separuh bogel dan mencolok mata, dipercayai berlaku ketika sambutan Pesta Songkran di Batu Feringghi. Foto tular

GEORGE TOWN: Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, di sini, kesal dengan video tular memaparkan beberapa wanita menari separuh bogel dan mencolok mata dipercayai ketika Pesta Songkran, baru-baru ini.


Pengerusinya Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video kejadian berkenaan didakwa berlaku di Batu Feringghi apabila tular di media sosial pada Ahad lalu.


“Kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular, yang memaparkan aktiviti tarian separuh bogel, mencolok mata oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran.


“Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Katanya, penganjuran aktiviti berkenaan adalah amat tidak bermoral dan pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu kerana tidak sensitif dan mencemar imej pantai Batu Feringghi yang menjadi tumpuan awam.


“Kami menyarankan pihak berkuasa yang terbabit melihat dengan lebih teliti permohonan permit sebelum memberi kebenaran bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan kerana menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini,” katanya.


Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa wanita berpakaian mencolok mata menari di restoran terbabit.


Ia mendapat pelbagai reaksi warganet berikutan lokasi penganjuran aktiviti itu yang terletak kira-kira 50 meter daripada masjid.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 3 hrs 16 mins ago