Translate

19 March 2025

Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohonan khas RP1 RMK13 - Chow



Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohonan khas RP1 RMK13 - Chow

Bernama

19/03/2025


Chow Kon Yeow berkata, antara disenaraikan ialah Projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL1), projek naik taraf jalan raya dan pemasangan paip serta bangunan. - Gambar fail


NIBONG TEBAL: Kerajaan Pulau Pinang telah menyenaraikan 10 projek keutamaan negeri bagi Permohonan Khas Projek Pembangunan Pulau Pinang di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) 2026 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan anggaran kos keseluruhan melebihi RM11 bilion.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, antara disenaraikan ialah Projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL1), projek naik taraf jalan raya, pemasangan paip serta bangunan, pembinaan sekolah serta pembangunan Bandar Nelayan Pulau Pinang.

"Justeru, saya berharap permohonan ini mendapat perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri demi menyokong kelancaran pembangunan di Pulau Pinang secara keseluruhan," katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara, di sini, pada Selasa.

Majlis itu dihadiri Anwar, Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, Chow berkata, beliau juga telah menghantar sepucuk surat kepada Anwar berkaitan usaha Pulau Pinang untuk mewujudkan "Penang International Financial Centre" bagi menjadi pelengkap kewangan di bahagian utara.

Beliau berharap cadangan itu mendapat sambutan baik di peringkat Persekutuan demi pembangunan kewangan yang menjadi menjadi lebih progresif di negeri-negeri utara dan bukan hanya di Pulau Pinang semata-mata.

Chow berkata, Pulau Pinang juga bersedia melahirkan lebih ramai bakat berkemahiran tinggi melalui Pelan Tindakan Bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, sinergi yang wujud antara kerajaan negeri dan Persekutuan bukan sahaja mampu memenuhi permintaan industri, tetapi juga usaha untuk melahirkan generasi perintis yang akan menjadi peneraju dalam industri teknologi tinggi dunia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Selangor viewed 'High Court Orders Wife Of Jakel Group’s Mohamad Ni' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji unt' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bomba kenal pasti 12 lokasi berisiko d' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah Rayuan tolak permohonan MyCC kembalikan d' 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'MAN DIES AS HIS BMW I7 CRASHES AND BURNS, WOMAN FR' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Israel kills 60 Palestinians in 24 hours | BEST FB' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supa' 1 hr 13 mins ago