Translate

24 March 2025

Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak senonoh' kepada Timbalan Pendakwa Raya



Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak senonoh' kepada Timbalan Pendakwa Raya

Bernama

24/03/2025


Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya ke atas pegawai perubatan berusia 43 tahun itu. - Gambar fail


GEORGE TOWN: Polis telah menghantar tiga kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang doktor lelaki sebuah hospital disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya ke atas pegawai perubatan berusia 43 tahun itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada 26 Feb, polis menahan lelaki itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam selepas menerima maklumat daripada pihak hospital dan suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.

Suspek ditahan semula pada 6 Mac selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang pesakit sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023 selain laporan terhadap doktor itu juga diterima daripada seorang wanita warga asing pada 10 Mac, mendakwa turut menjadi mangsa.

Selain itu, Hamzah berkata Polis Pulau Pinang mengeluarkan 478 permit menjual mercun dan bunga api di negeri itu sejak 1 Jan hingga 21 Mac, termasuk untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pihaknya menerima 486 permohonan namun lapan daripadanya ditolak kerana pemohon mempunyai rekod kesalahan lampau selain tidak mempunyai permit perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

"Bunga api atau mercun yang diluluskan adalah terhad kepada jenis boleh dijual iaitu selamat untuk dijual dan dimainkan oleh kanak-kanak kerana ini sebahagian daripada langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kansas viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 2 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Konsert Anuar Zain Dibatalkan | BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 4 hrs 4 mins ago