Translate

24 March 2025

Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan



Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan

Bernama

24/03/2025


Pastikan mereka yang terjejas banjir tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini. - Gambar hiasan/Bernama


SIBU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas, Sarawak yang terkesan akibat banjir baru-baru ini dinasihati lebih berwaspada terhadap pihak tidak dikenali yang menawarkan bantuan kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata ini bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.

"Jaga keselamatan diri ketika kita sedang menghadapi kesukaran akibat banjir tempoh hari. Dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kesukaran yang sedang kita hadapi ketika ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Penduduk perlu berhati-hati sekiranya ada pihak tertentu datang untuk menawarkan bantuan dan meminta kad pengenalan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan pihak yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di DUN Katibas agar berhubung terus dengan jawatankuasa yang bertanggungjawab.

Daerah Song yang terletak dalam kawasan DUN Katibas mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi, menyaksikan seramai 379 orang daripada 104 keluarga terjejas.

Mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Song dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 5 petang semalam setelah banjir di daerah itu pulih sepenuhnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 40 mins ago