Jangan gantung objek lain pada sistem semburan air automatik - Bomba
Jangan gantung objek lain pada sistem semburan air automatik - Bomba
Bernama
24/03/2025

Pemeriksaan mendapati ada pihak yang menggantung objek lain seperti perhiasan, lampu dan benang pada sistem semburan air automatik. - Gambar hiasan/Adobe Stock
ALOR SETAR: Pemilik premis diingatkan supaya tidak menghalang atau menggantung objek lain pada sistem semburan air automatik kerana boleh menyebabkan alat berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik jika berlaku kebakaran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata jika alat itu terjejas, ia akan menyukarkan proses pemadaman api pada peringkat awal kebakaran yang dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
"Pemeriksaan bomba sebelum ini mendapati ada yang gantung objek lain seperti perhiasan, lampu dan benang pada sistem semburan air automatik dan ada yang tutup terus alat itu. Kita nasihatkan jangan buat begitu kerana bimbang ia rosak, mungkin ia masih boleh berfungsi tetapi tidak secara menyeluruh.
"Kita juga mohon supaya pihak yang mengusahakan tempat penginapan seperti hotel atau motel untuk memastikan tahap keselamatan di premis mereka berada dalam keadaan baik. Pada musim perayaan ini hotel akan penuh, jadi tahap keselamatan mesti ditingkatkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Pemeriksaan Bangunan Bagi Tujuan Menghapuskan Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah.
Awang Hidzel berkata tujuan utama program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat menjelang musim perayaan serta pihaknya akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas bangunan strategik bagi menghapuskan sebarang bahaya kebakaran.
"Pemeriksaan bangunan ini menumpukan kepada sistem pepasangan keselamatan kebakaran aktif dan pasif, peralatan pemadaman dan menentang kebakaran serta laluan kecemasan dan pintu keluar. Ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak dalam keadaan baik dan terjaga.
"Sempena musim perayaan ini juga, saya ingin berpesan kepada orang ramai yang hendak meninggalkan rumah dan pulang ke kampung supaya mematikan semua suis utama peralatan elektrik, menutup injap gas dapur dengan sempurna dan memastikan laluan keluar dan masuk rumah tidak terhalang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi tempoh Jan hingga semalam, 958 panggilan kecemasan berhubung kebakaran telah direkodkan dan pada Mac sahaja 523 panggilan direkodkan dengan kenaikan kebakaran sebanyak 7.8 peratus.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Mar 2025
(1165)
- Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat...
- Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ...
- Pengunjung Luar Negara, Warga Asing Memenuhi KLCC ...
- Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya
- Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di...
- Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay...
- Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka...
- Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ...
- Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan...
- Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan...
- Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
- Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering...
- Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K...
- Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti
- Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat...
- Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya...
- 36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ...
- Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pel...
- Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana s...
- Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m...
- Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa...
- Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ...
- Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau...
- Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ...
- Bournemouth 1-2 Manchester City | Quarter-Final | ...
- Hari raya pererat hubungan: Diplomat asing sambut ...
- Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak y...
- Serangan ganas Israel di Palestin antara topik per...
- Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidil...
- Jemaah Menteri ajak rakyat manfaatkan Aidilfitri k...
- Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong...
- Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend...
- Muslims in Singapore celebrate Eid al-Fitr on Marc...
- Mohamad Hasan laksana misi kemanusiaan ke Myanmar,...
- Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ...
- Polis lepas tembakan, tahan tiga lelaki cuba rempu...
- 'Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen...
- ICQS Rantau panjang sesak, ribuan perantau Malaysi...
- Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan...
- Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M...
- Kes tular: Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe...
- ASEAN adakan mesyuarat khas tergempar bincang kesa...
- Wanita Parah Tersepit, Empat Lagi Termasuk Bayi Te...
- 10 Gajah 'Sambut' Perantau Di Tasik Banding
- Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’
- 2 killed in light aircraft crash in Philippines
- Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam...
- Gempa bumi 5.2 skala Richter gegarkan Aceh
- Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat ...
- Small plane crashes in Minnesota after close call ...
- Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER...
- ABANG BELON DEDAH CERITA SEBENAR - SATU MALAYSIA K...
- Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat
- Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini
- ‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang
- 50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi
- Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta
- Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamat...
- 21 kenderaan berat langgar perintah larangan berge...
- Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan
- Nottingham Forest and Crystal Palace through to FA...
- Erling Haaland Under Police Investigation After In...
- Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak...
- SMART: Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia...
- Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK...
- Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ...
- Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk...
- Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam...
- Gempa bumi Myanmar: Angka kematian lebih 1,600
- Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di...
- Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega...
- Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani p...
- Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
- Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin
- FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak...
- Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma...
- Millions Travel Across Indonesia For Eid Al-Fitr C...
- Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna...
- Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho...
- Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningk...
- Gempa bumi: Pasukan berbasikal wanita Kedah selama...
- PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, s...
- 694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi...
- Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinas...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBK...
- Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR
- Gempa bumi: Malaysia hantar 50 anggota pasukan ban...
- U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk ran...
- Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan...
- Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'
- GEMPA THAILAND, MYANMAR - Rakyat Malaysia Jadi Her...
- DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon?
- Malaysia hantar pasukan NADMA sokong usaha bantuan...
- Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rap...
- Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di...
- JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja w...
- Not yet authorized to Real Madrid, Liverpool fans ...
- Southeast Asia earthquake: At least 150 dead and h...
- Lebuh Raya jam teruk malam tadi
- Loke orders thorough probe into Kluang fatal crash
- Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara
- Myanmar junta declares state of emergency in multi...
- Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se...
- Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - S...
- Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke
- MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan asing
- Hajat sesi foto raya keluarga tidak kesampaian
- PM agih 28,000 ekor ayam segar di Parlimen Permata...
- Projek tambak tanah di Persiaran Karpal Singh tida...
- Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemi...
- Bangkok Skyscraper Collapses After Earthquake – Do...
- Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran be...
- Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 1...
- SC kemas kini garis panduan tawaran saham syarikat...
- Taktik penipuan menyamar pegawai AADK dikesan, kel...
- PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa ...
- Kanak-kanak autistik hilang selepas keluar rumah
- Aidilfitri: Taxpayers advised to check, settle tax...
- Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua berad...
- Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula k...
- Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 ba...
- Tun M Doakan Jamal Sihat, Mohon Maaf
- Mekanisme Rasionalisasi Subsidi RON95 Selesai, Han...
- Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung...
- Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar
- Aidilfitri: Pembayar cukai diingat semak, lunas cu...
- Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai ...