Translate

25 March 2025

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tujuh zon baharu 27 Mac ini



Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tujuh zon baharu 27 Mac ini

Bernama

25/03/2025


Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah dengan menggunakan aplikasi Mobi, Trek Rides atau Kummute dari 6 pagi sehingga 11.30 malam. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd akan melancarkan tujuh lagi zon operasi baharu perkhidmatan Rapid KL On-Demand bagi menampung permintaan penumpang pada Khamis ini.

Rapid Bus dalam kenyataan hari ini memaklumkan tujuh zon berkenaan adalah Kampung Ampang Indah - Taman Sri Watan; Ampang Hilir - Kampung Datuk Keramat; LRT Ampang - Ampang Jaya, masing-masing membabitkan empat van.

Selain itu dua van disediakan bagi zon MRT Putrajaya Sentral - Presint 14 dan 16; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC); MRT Putrajaya Sentral - Cybersouth Dengkil dan Desa Pinggiran Putra - Desa Gemilang Putrajaya.

Zon operasi yang menggunakan aplikasi Trek Rides merupakan laluan yang mempunyai kesalinghubungan dengan perkhidmatan tren serta lorong bas Jalan Ampang.

"Sebelum ini hanya lorong bas Jalan Genting Kelang dan Jalan Klang Lama sahaja yang mempunyai capaian kepada perkhidmatan ini. Kini kesemua pengguna lorong bas boleh menikmati serta meneruskan perjalanan dengan Rapid KL On-Demand.

"Bagi para pengguna dari Putrajaya, kini lebih banyak pilihan laluan tersedia melalui aplikasi KUMMUTE yang bakal menghubungkan anda ke destinasi yang ingin dituju dan rata-rata merupakan kawasan yang tiada capaian perkhidmatan awam disediakan," menurut kenyataan itu.

Selain itu Rapid KL On-Demand juga akan menambah baik perkhidmatan di tujuh zon yang dilancarkan pada 10 Mac lepas dengan penambahan jumlah van bagi setiap zon untuk menampung permintaan penggunaan yang semakin meningkat.

Pertambahan sebuah lagi van membabitkan zon Taman Melati - Gombak Setia; Bukit Antarabangsa - Setiawangsa dan Bangi - UNITEN, masing-masing dengan tiga van manakala Wangsa Maju - Sri Rampai; Titiwangsa - Chow Kit; Bandar Kinrara - Jalan Puchong dan Taman OUG - Kuchai Lama, empat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Ku Jamil Zakaria berkata sejak dilancarkan, laluan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dan Rapid Bus memutuskan untuk menambah jumlah van dalam operasi harian untuk tujuh laluan terbabit.

"Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan ini memudahkan para pengguna serta memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman menggunakan Rapid KL On-Demand," katanya dalam kenyataan sama.

Sejak perkhidmatan Rapid KL On-Demand diperluaskan ke 17 zon baharu bermula 1 Februari lepas, jumlah penumpang harian tertinggi yang dicatatkan adalah menjangkau 4,732 orang pengguna, setakat 18 Mac lepas.

Rapid bas berkata dengan pelancaran zon baharu pada 27 Mac nanti, Rapid KL On-Demand akan beroperasi dengan sejumlah 93 van meliputi 33 zon di sekitar Lembah Klang.

"Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah dengan menggunakan aplikasi Mobi, Trek Rides atau Kummute (mengikut kawasan masing-masing) dari 6 pagi sehingga 11.30 malam. Tambang promosi RM1 untuk setiap perjalanan dilanjutkan untuk pengguna

“Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan Kad Touch ‘n Go, Kad Konsesi MyRapid, Pas Perjalanan OKU Smile dan Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, MyCity Pas Famili). Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web a href="http://www.myrapid.com.my"www.myrapid.com.my/a,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 1 hr 48 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 3 hrs 21 mins ago