Translate

24 March 2025

Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran



Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran

Astro Awani

24/03/2025


Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku. - Foto BERNAMA


JOHOR BAHRU: Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

Laman web rasmi Public Infobanjir melaporkan, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang merekodkan bacaan 14.57 meter (m), iaitu 0.07m melebihi tahap bahaya 14.5m.

Dalam pada itu, Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat mencatatkan bacaan 3.35m, iaitu 0.02m melebihi tahap amaran 3.15m.

Selain itu, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian mencatatkan bacaan 5.35m, iaitu 0.35m melebihi tahap amaran 5m.

Bagaimanapun, trend bagi Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan menurun manakala Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dilaporkan tidak mengalami sebarang perubahan setakat ini.

Sementara itu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai yang terjejas untuk berwaspada dan bersedia menghadapi banjir sekiranya paras air terus meningkat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 57 mins ago