Translate

24 March 2025

Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan



Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan

Bernama

24/03/2025


Pastikan mereka yang terjejas banjir tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini. - Gambar hiasan/Bernama


SIBU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas, Sarawak yang terkesan akibat banjir baru-baru ini dinasihati lebih berwaspada terhadap pihak tidak dikenali yang menawarkan bantuan kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata ini bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.

"Jaga keselamatan diri ketika kita sedang menghadapi kesukaran akibat banjir tempoh hari. Dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kesukaran yang sedang kita hadapi ketika ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Penduduk perlu berhati-hati sekiranya ada pihak tertentu datang untuk menawarkan bantuan dan meminta kad pengenalan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan pihak yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di DUN Katibas agar berhubung terus dengan jawatankuasa yang bertanggungjawab.

Daerah Song yang terletak dalam kawasan DUN Katibas mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi, menyaksikan seramai 379 orang daripada 104 keluarga terjejas.

Mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Song dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 5 petang semalam setelah banjir di daerah itu pulih sepenuhnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 mins ago
A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 3 hrs 37 mins ago