Translate

28 March 2025

Kanak-kanak autistik hilang selepas keluar rumah



Kanak-kanak autistik hilang selepas keluar rumah

Bernama

28/03/2025


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang. - BERNAMA


BALING: Seorang kanak-kanak autistik dilaporkan hilang setelah keluar daripada rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya, Kupang dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.36 petang dan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi memulakan pencarian.

"Operasi pencarian mangsa dibuat di kawasan yang dipercayai mangsa telah hilang, bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung," katanya sambil menambah operasi pencarian masih diteruskan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 51 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 31 mins ago