Translate

22 March 2025

DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus kepada kemenangan PRU16



DAP terus bersatu selepas pemilihan parti, fokus kepada kemenangan PRU16

Bernama

22/03/2025


Steven Sim (depan, tiga dari kiri) dan Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (depan, empat dari kiri) bersama pimpinan PH Pulau Pinang pada Majlis Buka Puasa Bersama Media, pada Jumaat. - Gambar Bernama


GEORGE TOWN: DAP telah kembali bersatu dan fokus strateginya selepas pemilihan parti itu dan kini bersiap sedia untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kata Timbalan Setiausaha Agungnya yang baharu dilantik, Steven Sim Chee Keong.

"Pada setiap pemilihan, pasti akan ada persaingan... akan ada pertandingan, tetapi saya telah tegaskan sejak hari pertama bahawa kita semua pasti akan bekerjasama, bukan sahaja untuk membawa mandat daripada perwakilan, tetapi juga untuk memastikan kemenangan Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Sim berkata, perwakilan Pulau Pinang telah diberikan peranan utama dalam pemilihan kepimpinan parti, yang dilihatnya sebagai satu petanda baik.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan PH Pulau Pinang untuk PRU16, terutamanya di Seberang Perai yang Perikatan Nasional (PN) mencatatkan peningkatan ketara dalam pilihan raya lepas, Sim yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, kempen parti telah berjalan sejak PRU15.

"DAP Pulau Pinang akan menubuhkan satu pasukan khas bagi merangka strategi memenangi PRU16.

"Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang telah turun bekerja di lapangan serta berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PH Pulau Pinang Bersama-sama Pengamal Media, di sini, malam tadi.

Sim yang juga Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, pasukan khas itu, khusus untuk kawasan yang diwakili wakil rakyat DAP di Pulau Pinang, namun parti itu akan bekerjasama dengan semua parti dalam kerajaan MADANI untuk memastikan kemenangan parti komponen.

"Saya percaya di Pulau Pinang, kita mempunyai kelebihan sebagai kerajaan negeri dan Persekutuan, jadi anda lihat wakil rakyat kita sama ada ADUN atau Ahli Parlimen, mereka semua sangat rajin. Mereka ada sepanjang masa untuk rakyat," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri dan Naib Pengerusi PH, Dr Zaidi Zakaria yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Negara.

Sementara itu, Chow berkata, mereka akan memimpin dengan teladan dan tidak menjadi sebahagian daripada masalah, berikutan pelbagai isu yang dimainkan oleh pembangkang.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Saya rasa mungkin kita perlu meningkatkan penggunaan media sosial untuk menangkis naratif pembangkang. Semua ini adalah kerja yang sangat penting, yang akan kami libatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 16 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 42 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 2 hrs 14 mins ago