Translate

25 March 2025

Agong zahir ucapan selamat Hari Polis ke-218, hargai sumbangan anggota dan pesara



Agong zahir ucapan selamat Hari Polis ke-218, hargai sumbangan anggota dan pesara

Bernama

25/03/2025


Sempena Hari Polis ke-218, Sultan Ibrahim bertitah, tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan. - Facebook Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga menghargai sumbangan serta jasa pesara-pesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

Sempena Hari Polis ke-218, Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM bertitah tanpa mengira waktu, anggota PDRM sebagai pasukan keselamatan berdiri di barisan hadapan.

"Mereka mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undang-undang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

"Penugasan ini bukannya mudah, namun dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keberanian serta kesungguhan," titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat juga menghargai segala usaha dan jasa warga PDRM yang berkhidmat tanpa mengira siang dan malam.

"Saya berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan keselamatan dalam setiap tugas yang dipikul.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

"Selamat menyambut Hari Polis Ke-218 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran," titah Seri Paduka Baginda.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 1 hr 29 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 1 hr 55 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 3 hrs 28 mins ago