Translate

03 January 2025

Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000



Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000

Bernama

03/01/2025


Baby Shima adalah antara artis jemputan yang membuat persembahan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Sarawak. - Gambar/ IG babyshimaofficial


SIBU: Seorang pemandu lori berusia 32 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap penyanyi Nor Ashimah Ramli, yang juga dikenali sebagai Baby Shima.

Mel Maxpherson Munded dari Kampung Bratan, Jalan Borneo Heights, Kuching didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengugut untuk membunuhnya, dengan niat mencemaskan penyanyi itu, di lobi Hotel Kingwood di sini kira-kira pukul 11 malam pada 30 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Oon Kork Chern bertanya sama ada pemandu lori itu sedar bahawa dia telah melakukan ugutan jenayah, dan dia memberitahu tidak sedar mengenainya kerana berada di bawah pengaruh alkohol ketika itu.

Dalam mitigasinya Mel Maxpherson memohon hukuman ringan kerana dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, selain perlu menjaga ibunya, di samping ini merupakan kesalahannya yang pertama.

Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada pemandu lori itu dan orang ramai.

Berdasarkan fakta kes pada masa kejadian Baby Shima dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa terdapat komen berbentuk ugutan daripada seorang pengguna Facebook.

Pengguna Facebook dengan akaun bernama Mel Maxpherson Munded membuat komen "Lagi U Masuk Sarawak!! Hati-Hati Your Enemy M U Sudah. Jangan pulang Melaya Dengan Mayat Saja!! Take care Baby Shima."

Baby Shima kemudian membuat laporan di Balai Polis Sibu tengah malam Isnin, dengan diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Susulan laporan itu polis menahan suspek di Kota Sentosa pada malam berikutnya.

Baby Shima adalah antara artis jemputan yang membuat persembahan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibu Jaya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Geng Along Jep tumpas, empat lelak' 3 hrs 45 mins ago