Translate

21 August 2023

10 EXCO Selangor angkat sumpah - DAP (4); PKR (3); Amanah (2), dan BN (1).

 



10 EXCO Selangor angkat sumpah 

21 Ogos 2023, 3:33pm


BULETIN TV3


KLANG: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) hari ini.


Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah du Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.


Barisan EXCO penggal ke-15 menyaksikan kerajaan negeri akan dipimpin oleh 3 penyandang EXCO terdahulu dan 7 muka baharu.


Mendahului istiadat mengangkat sumpah itu adalah Ng Sze Han (DAP-Kinrara), diikuti Ir. Izham Hashim (Amanah-Pandan Indah) dan Borhan Aman Shah (PKR-Tanjong Sepat).


Ketiga-tiga ADUN berkenaan dilantik semula sebagai EXCO bagi penggal ini.


Istiadat mengangkat sumpah itu diikuti oleh 7 lagi EXCO yang merupakan muka baharu yang bakal menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.


Mereka ialah Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Datuk Rizam Ismail (BN-Air Tawar), Mohd Najwan Halimi (PKR-Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (DAP-Bandar Utama), V. Papparaidu (DAP-Banting), Dr. Mohammad Fahmi Ngah (PKR-Seri Setia) dan Anfaal Saari (Amanah-Taman Templer).


Komposisi kerajaan perpaduan PH-BN itu merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); Amanah (dua), dan BN (satu).


Istiadat angkat sumpah itu melengkapkan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar Amirudin Shari yang selesai mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.


Terdahulu, Amirudin memaklumkan senarai portfolio bagi semua EXCO akan diumumkan pada Rabu ini selepas mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan di Selangor selepas menang 34 daripada 56 DUN, namun gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga yang dinikmati selama dua penggal bermula 2013.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED