Translate

29 March 2021

Dakwaan langgar SOP: Siasatan Video Tular Najib Lengkap - Polis

Dakwaan langgar SOP: Siasatan video tular Najib lengkap - Polis

Astro Awani
29/3/2021

KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini, minggu lalu.

Dalam video itu, Najib dilihat tidak melakukan imbasan suhu juga tidak mendaftar MySejahtera di pintu masuk restoran yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kertas siasatan itu akan dihantar ke Bahagian Pendakwaan Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah lengkapkan siasatan dan kita akan rujuk kertas siasatan ke Bukit Aman dan sekiranya dipersetujui kita akan rujuk kertas siasatan itu ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, pada Ahad.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa terlebih dahulu melakukan imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Polis siasat Najib langgar SOP

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 23 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago