Translate

30 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 30 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 30 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,148 kes (328,554 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,133 kes (344,018 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara; 6 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,125 kes [781 warganegara (69.4%); 344 bukan warganegara (30.6%)];
  • Kes aktif : 14,199 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 161 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 76 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,265 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (35.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 355 kes (88.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak sebanyak153 kes (13.5 peratus).

Sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu (1) kes di Selangor. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 30 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,359 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 990 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber, Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam, dan Kluster Jalan Tebrau Dua);
  • Jumlah kluster aktif : 369 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 50 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Batu Enam Setengah (37 kes), dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (27 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Pinang RajaSelangorTempat Kerja
2Jalan SC SatuSelangorTempat Kerja
3Jalan WesternSelangorTempat Kerja
4Jalan SulaimanWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Batu Enam SetengahNegeri SembilanTempat Kerja
6Fasa Dua SemarakSabahKomuniti
7RangguSabahKomuniti
8Jalan MerakJohorKomuniti
9Kota KemajuanJohorKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR401 (2)115,417
SABAH4154,698
JOHOR96 (1)41,169
WP KUALA LUMPUR53 (4)37,778
NEGERI SEMBILAN3917,236
SARAWAK153 (1)16,214
PULAU PINANG19415,869
PERAK4412,935
KEDAH418,398
MELAKA66,501
KELANTAN  446,193
PAHANG164,230
TERENGGANU23,591
WP LABUAN12,320
WP PUTRAJAYA11,140
PERLIS1329
JUMLAH KESELURUHAN1,133 (8)344,018

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,133 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 401 kes 
    • 151 kes daripada kluster-kluster; termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pinang Raja, Kluster Jalan SC Satu, Kluster Jalan Sulaiman, dan Kluster Jalan Western;
    • 204 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 194 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 153 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 96 kes  
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merak dan Kluster Kota Kemajuan;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 53 kes  
    • 11 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sulaiman;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 41 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Fasa Dua Semarak dan Kluster Ranggu;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 41 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 44 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Enam Setengah.
  • Pahang: 16 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 30 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.   KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1261318718WP Kuala LumpurLelaki (WN)83Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan gout
1262330928WP Kuala LumpurLelaki (WN)88Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1263332821SarawakLelaki (WN)66Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1264338273SelangorLelaki (WN)68Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan paru-paru obstruktif kronik
1265342623SarawakLelaki (WN)34Hospital MiriPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN WESTERN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328584) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Western Access Road, Sepang. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 356 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SC SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SC 1, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PINANG RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343020) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pinang Raja 18/2, Shah Alam. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU ENAM SETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 6½, Sungai Gadut Industrial Park, Seremban. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SULAIMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342148) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Lembah Pantai.  Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER FASA DUA SEMARAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339789) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak, Tawau. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RANGGU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 340925) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Ranggu, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MERAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339852) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merak 21, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA KEMAJUAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 339859) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pesakit-pesakit sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Kemajuan, Kota Tinggi.  Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED