Translate

25 March 2021

Lelaki Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Polis


Polis Lepaskan Tembakan Kesan Penjenayah  

Lelaki lolos walaupun tayar kereta ditembak polis

Astro Awani
25/3/2021

PETALING JAYA: Polis melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak agresif cuba melanggar anggota yang sedang bertugas di Jalan Anggerik, Kampung Sungai, Kayu Ara di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, satu das tembakan terpaksa dilepaskan apabila suspek enggan memberhentikan kereta selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, suspek kemudian bertindak memandu melawan arus di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) sebelum meninggalkan kenderaannya di tepi jalan berhampiran Gereja Katolik SS25, di sini.

"Hasil pemeriksaan, polis menemukan pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk aktiviti pecah cermin di sekitar Damansara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, polis yakin suspek masih berada di kawasan Petaling Jaya dan gerakan memburunya giat dijalankan.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED