Translate

28 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 28 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 28 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,127 kes (326,309 kes kumulatif, 95.4%);
  • Kes baharu : 1,302 kes (341,944 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (7 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,293 kes [840 warganegara (65.0%); 453 bukan warganegara (35.0%)];
  • Kes aktif : 14,380 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 169 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 76 kes;dan
  • Kes kematian : 4 kes (1,255 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).

Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 426 kes (32.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 328 kes (77.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 256 kes (19.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 212 kes (16.3 peratus).

Sebanyak 283 kes (21.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), Kluster DTI Juru (35 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes iaitu dua (2) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di Selangor dan Kedah. Kesemua kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,347 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 966 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Desa Tropika, Kluster Jalan Selisik, Kluster Kejatau, Kluster Jalan Kepong, Kluster Jan Yong, Kluster Seruas, Kluster Jalan By Pass, Kluster Ladang Desa Jerocco, Kluster Jalan Seputeh, Kluster Jalan Raja, Kluster Menara Sri, Kluster Rakut, Kluster Tapak Bina Jalan Sultan, dan Kluster Jalan Jinjang);
  • Jumlah kluster aktif : 381 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 60 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), dan Kluster Teknologi Bukit Minyak (45 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing satu (1) kluster tempat kerja, komuniti, dan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Ladang Sungai PelekSelangorTempat Kerja
2PatekKelantanKomuniti
3Pagar Bukit ChagarJohorPusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR256114,797
SABAH3854,623
JOHOR176 (1)40,902
WP KUALA LUMPUR58 (8)37,668
NEGERI SEMBILAN917,179
SARAWAK42615,869
PULAU PINANG21215,511
PERAK2312,886
KEDAH238,344
MELAKA56,487
KELANTAN  346,100
PAHANG324,209
TERENGGANU23,585
WP LABUAN62,318
WP PUTRAJAYA21,138
PERLIS0328
JUMLAH KESELURUHAN1,302 (9)341,944

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,302 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 426 kes
    • 224 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 256 kes 
    • 32 kes daripada kluster-kluster; termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang Sungai Pelek;
    • 178 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 212 kes 
    • 128 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 176 kes  
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pagar Bukit Chagar;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 58 kes  
    • 12 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 38 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 34 kes 
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Patek;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 7 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 32 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 23 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 23 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Sembilan (9) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3)  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan empat (4) kes kematian pada 28 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1252305616SarawakLelaki (WN)77Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1253322496SelangorPerempuan (WN)73Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit darah tinggi, jantung, dan kanser
1254324886KedahLelaki (WN)67Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1255331483SarawakLelaki (WN)63Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan kanser

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER LADANG SUNGAI PELEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328801) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PATEK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326000) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Patek, Kota Bharu. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 331 individu telah disaring, di mana 63 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PAGAR BUKIT CHAGAR

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar ke atas tahanan-tahanan dan kakitangan sebuah pusat tahanan yang terletak di  Bukit Chagar, Johor Bahru. Sehingga 28 Mac 2021, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED