Translate

26 March 2021

Syamel dan Ernie Zakri Kini Suami Isteri





Syamel, Ernie kini suami isteri
Kredit to Sweetpictures_kl

26 Mac 2021, 11:40 am
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR : Pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Puncak Alam pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang diterima Utusan Malaysia, dengan satu lafaz, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, kini bergelar suami kepada Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, yang diwalikan oleh bapanya, Zakri Ahmad.

Pada majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dengan seutas gelang tangan berlian selain wang hantaran yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Buat Syamel, Ernie telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran yang kemudiannya berbalas lima dulang.

Difahamkan, majlis diadakan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri seramai cuma 20 orang ahli keluarga terdekat.

Majlis keraian buat pasangan mempelai ini dikendalikan oleh The Wedding Heritage (TWH) dan berlangsung secara tertutup dan eksklusif bersama ahli keluarga di sebuah resort persendirian di Serendah dengan bertemakan Melayu Klasik.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/03/syamel-ernie-kini-suami-isteri/


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED