Translate

25 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 25 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,491 kes (322,416 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,360 kes (338,168 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,359 kes [1,086 warganegara (79.9%); 273 bukan warganegara (20.1%)];
  • Kes aktif : 14,504 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 157 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 72 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,248 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 210 kes (59.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes (22.6 peratus) dan Johor sebanyak 129 kes (9.5 peratus).

Sebanyak 62 kes (4.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (27 kes), Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Muhasabah (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,322 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 928 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Industri Jalan Empat, Kluster Taman Integrasi, Kluster Jalan Tiga KKIP, Kluster Jalan Sepuluh, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Guntong Dalam, Kluster Jalan Perindustrian Murni, dan Kluster Tapak Bina Indera Mahkota);
  • Jumlah kluster aktif : 394 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 55 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Faizal (50 kes), Kluster Chupak (47 kes), dan Kluster Tanjung Genting (44 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Persiaran MaktabSelangorTempat Kerja
2Bandar SriWP Kuala LumpurTempat Kerja
3Paloh RambaiKelantanTempat Kerja
4Perusahaan LPKKedahTempat Kerja
5MerindingWP LabuanTempat Kerja
6Putra SatuWP PutrajayaTempat Kerja
7TenegangSabahTempat Kerja
8Siasai TamuSabahKomuniti

STATUS KLUSTER COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa, daripada 1 Januari 2021 sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 811 kluster COVID-19 telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 15 kluster pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster pra-sekolah dan sekolah rendah, serta lima (5) kluster yang melibatkan pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga (3) bulan ini. Ini termasuklah tiga (3) kluster baharu yang diumumkan pada hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.

Bermula 20 Januari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan secara bersemuka bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berfasa. Pada 1 Mac 2021, pembukaan ini diperluaskan kepada sekolah rendah dan pra-sekolah.

Graf di bawah menunjukkan bilangan kluster mengikut sub kategori pendidikan.

KKM menyambut baik komitmen KPM dalam memastikan para pelajar tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Oleh itu KKM ingin mengingatkan semua pihak terutamanya para pentadbir, para guru, ibu bapa atau penjaga, pengusaha kantin, pemandu kenderaan sekolah, serta para pelajar untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

Nasihat umum KKM perlu sentiasa diamalkan sebelum, semasa, dan selepas waktu persekolahan. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil di sekolah adalah seperti berikut;

  1. Pemakaian pelitup muka pada setiap masa;
  2. Memastikan penjarakan sosial para pelajar dan guru di dalam sesebuah bilik darjah, semasa aktiviti di luar bilik darjah, dan semasa pulang dari sekolah;
  3. Sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta menjaga kebersihan persekitaran sekolah;
  4. Semua warga sekolah perlu memastikan bahawa mereka sihat dan tidak bergejala semasa hadir ke sekolah; dan
  5. Bagi sekolah-sekolah dengan pelaporan jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah, KPM perlu mempertimbangkan penutupan sekolah tersebut dengan segera bagi tujuan sanitasi dan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 kepada warga sekolah yang lain.

KKM dengan kerjasama KPM akan sentiasa memastikan aspek kesihatan serta keselamatan warga institusi pendidikan terus diutamakan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan adalah kondusif dan selamat untuk pengajian. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Mac 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR356113,780
SABAH7054,470
JOHOR12940,525
WP KUALA LUMPUR98 (1)37,440
NEGERI SEMBILAN4917,115
PULAU PINANG11315,037
SARAWAK30814,963
PERAK7112,826
KEDAH448,261
MELAKA326,427
KELANTAN  635,842
PAHANG104,141
TERENGGANU63,577
WP LABUAN32,305
WP PUTRAJAYA81,133
PERLIS0326
JUMLAH KESELURUHAN1,360 (1)338,168

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,360 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 356 kes 
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bandar Sri, Kluster Persiaran Maktab, dan Kluster Putra Satu;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 308 kes
    • 124 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 129 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 113 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 98 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Sri;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 71 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 70 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tenegang dan Kluster Siasai Tamu;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 63 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Paloh Rambai;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 49 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 44 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan LPK;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 32 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Satu;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merinding;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan dua (2) kes kematian pada 25 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1247302292SarawakPerempuan (WN)72Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma
1248333869SarawakLelaki (WN)89Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan tuberkulosis

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERSIARAN MAKTAB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Hulu Langat, dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334718) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Persiaran Maktab, Taman Cuepacs, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANDAR SRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336834) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TENEGANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333470) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Sungai Tenegang, Kinabatangan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PALOH RAMBAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331669) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar beberapa buah pusat pendidikan di Kota Bharu. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Paloh-Rambai, Ketereh, Kota Bharu. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 347 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN LPK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan LPK, Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 847 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MERINDING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334151) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Merinding, Labuan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 1,010 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PUTRA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya; daerah Sepang di Selangor; dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330042) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SIASAI TAMU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330783) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung  di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud pada 14 Mac 2021. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED