Translate

27 March 2021

Sama Cantik, Sama Padan, Neelofa Sah Bergelar Isteri PU Riz

PART I WAHH CANTIKNYA PELAMIN NEELOFA DAN PU RIZ...MAJLIS AKAD NIKAH NEELOFA X HARIS ISMAIL

Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz

Astro Awani
27/3/2021

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.

PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32 menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Menurut hos Next To Neelofa itu, untuk hantaran pilihannya dan Haris hanya memberi yang wajib sahaja.

"Kami hanya memberi yang wajib,bagaimanapun untuk mas kahwin saya telah menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki," kata Neelofa dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al-Bakri selaku jurunikah.

Bunga segar dan indah menghiasi dewan nikah Neelofa dan PU Riz

Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt, di ibu negara dan dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan selebriti yang lain.

Neelofa, Haris serta tetamu turut mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan pada Sabtu.

Sebelum ini, Neelofa dan Haris telah selamat mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Majlis Akad Nikah Neelofa & PU Riz, Grand Betul! Pelamin Cantik, 30 Minit Sebelum Diijabkabulkan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED