Translate

28 March 2021

Undi18: Halangan Pada SPR, Bukan PN - Muhyiddin

Undi18: Halangan pada SPR, bukan PN - Muhyiddin

Astro Awani
27/3/2021

MUAR: Halangan pelaksanaan undi 18 tahun (Undi18) bukan diputuskan Perikatan Nasional (PN), tetapi ia menjadi kekangan yang dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kekangan itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu pertemuan bersama.

"Persoalan berbangkit apabila SPR tidak mampu buat, bukan saya. Jangan salahkan kerajaan PN.

"SPR adalah badan bebas. SPR tidak boleh buat. Saya sudah panggil Pengerusi SPR dan saya tanya betul-betul boleh buat atau tidak? Kenapa tidak boleh buat?

Jelas Muhyiddin, SPR memaklumkan tidak mampu melaksanakan Undi18 tersebut kerana ia bukan sahaja melibatkan SPR tetapi agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Dia (Pengerusi SPR) kata bukan libatkan SPR sahaja tetapi libatkan badan lain seperti JPN. Kalau hendak daftarkan umur 18 (secara) automatik, perlu semak kad pengenalan, perlu semak alamat, jadi kerja besar melibatkam jutaan pengundi baru.

"Jadi saya tidak boleh bantah. Saya tanya esok boleh buat? Lusa? Dia cakap tidak boleh buat. Bila boleh selesai? Saya nak terangkan kepada rakyat, dan ada parti politik tuduh PN. Ini bukan sebab PN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu Bandar Universiti Pagoh, di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, semua pihak perlu beri sokongan kepada SPR dan bantu memahami keupayaan mereka semasa pendemik COVID-19 ini.

"Kita kena bantu apa usaha yang dia (SPR) kena buat. Kita bantu tapi keupayaan situasi pandemik ini, tidak boleh buat begitu.

"Saya tanya dia (Pengerusi SPR) Kalau boleh segerakan. Dia cakap next September (tahun depan). Saya tanya, September tahun ini tidak boleh? Dia cakap tidak boleh. Habis nak paksa macam mana?," katanya yang menjelaskan pendaftaran anak muda perlu dilakukan secara automatik dan tidak boleh berdaftar sendiri.

Sebelum ini, SPR ada memaklumkan pendaftaran pemilihan automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED