Translate

29 March 2021

Dakwaan langgar SOP: Siasatan Video Tular Najib Lengkap - Polis

Dakwaan langgar SOP: Siasatan video tular Najib lengkap - Polis

Astro Awani
29/3/2021

KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini, minggu lalu.

Dalam video itu, Najib dilihat tidak melakukan imbasan suhu juga tidak mendaftar MySejahtera di pintu masuk restoran yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kertas siasatan itu akan dihantar ke Bahagian Pendakwaan Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah lengkapkan siasatan dan kita akan rujuk kertas siasatan ke Bukit Aman dan sekiranya dipersetujui kita akan rujuk kertas siasatan itu ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, pada Ahad.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa terlebih dahulu melakukan imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Polis siasat Najib langgar SOP

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 4 hrs 26 mins ago