Translate

26 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 26 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 26 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari):

  • Kes sembuh : 1,509 kes (323,925 kes kumulatif, 95.4%);
  • Kes baharu : 1,275 kes (339,443 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes (21 warganegara; 11 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,243 kes [978 warganegara (78.7%); 265 bukan warganegara (21.3%)];
  • Kes aktif : 14,269 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 161 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 70 kes;dan
  • Kes kematian : 1 kes (1,249 kes kumulatif, 0.37%; 1 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 478 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 389 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 213 kes (16.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 137 kes (10.7 peratus).

Sebanyak 22 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Kes kematian pada hari ini melibatkan satu (1) kes warganegara di Selangor. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,335 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 942 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga Muar, Kluster Jalan Mega Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Jalan Rumbia Dua);
  • Jumlah kluster aktif : 393 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 61 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (50 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Taman BrickJohorTempat Kerja
2Jalan Gemilang SukanJohorTempat Kerja
3Jalan Sungai ChatJohorTempat Kerja
4Tapak Bina Sungai EmasSelangorTempat Kerja
5Tapak Bina Jalan AtmosphereSelangorTempat Kerja
6Persiaran Cassia SelatanPulau PinangTempat Kerja
7Lebuhraya Kampung JawaPulau PinangTempat Kerja
8Sawit SebrangSabahTempat Kerja
9Kolam LintasSabahTempat Kerja
10Paya BembanKelantanTempat Kerja
11Lorong Desa SenadinSarawakTempat Kerja
12Batu GongSarawakKomuniti
13Pengkalan Nangka TumpatKelantanKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR478 (14)114,258
SABAH5154,521
JOHOR12040,645
WP KUALA LUMPUR86 (13)37,526
NEGERI SEMBILAN1217,127
SARAWAK213 (5)15,176
PULAU PINANG13715,174
PERAK2812,854
KEDAH278,288
MELAKA196,446
KELANTAN  865,928
PAHANG64,147
TERENGGANU33,580
WP LABUAN52,310
WP PUTRAJAYA21,135
PERLIS2328
JUMLAH KESELURUHAN1,275 (32)339,443

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,275 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 478 kes 
    • 128 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere dan Kluster Tapak Bina Sungai Emas;
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 14 kes import dari luar negara; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 213 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Gong dan Kluster Lorong Desa Senadin;
    • 127 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 137 kes 
    • 51 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Cassia Selatan dan Kluster Lebuhraya Kampung Jawa;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 120 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Taman Brick, dan Kluster Jalan Sungai Chat;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 86 kes  
    • 18 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 13 kes import dari luar negara; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 86 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Paya Bemban dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 51 kes 
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kolam Lintas dan Kluster Sawit Sebrang;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 28 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Cassia Selatan;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 12 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19

LAMPIRAN 3

Ringkasan satu (1) kes kematian pada 26 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1249267635SelangorLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik  

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN ATMOSPHERE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di  Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Atmosphere Utama 2, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas, Banting, Kuala Langat. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBUHRAYA KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Jawa HighwayBayan Lepas Industrial ParkBarat Daya. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 2,239 individu telah disaring, di mana 92 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN CASSIA SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; serta daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Cassia Selatan 1, Taman Perindustrian Batu Kawan, Seberang Perai Selatan. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 281 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BRICK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330906) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan peekrja-pekerja sebuah pusat rekreasi yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG SUKAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338731) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SUNGAI CHAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330854) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 161 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAYA BEMBAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330018) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021. Kluster ini melibatkan sebuah premis perniagaan yang terletak di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SAWIT SEBRANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 333471) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Silabukan, Lahad Datu. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 496 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOLAM LINTAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang dan Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 338654) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Kolam Plaza, off Jalan Lintas, Luyang. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG DESA SENADIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri dan Mukah di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327107) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institut latihan yang terletak di Senadin Gateway Commercial Centre, Miri. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU GONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332855) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Kampung Batu Gong, Serian. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 496 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PENGKALAN NANGKA TUMPAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326001) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED