Translate

29 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 29 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 29 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,097 kes (327,406 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 941 kes (342,885 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara; 6 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 933 kes [653 warganegara (70.0%); 280 bukan warganegara (30.0%)];
  • Kes aktif : 14,219 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 166 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 73 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,260 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara; 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 219 kes (23.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 175 kes (79.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak192 kes (20.4 peratus) dan Johor sebanyak171 kes (18.2 peratus).

Sebanyak 63 kes (6.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), Kluster Penjara Harapan (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Sabah, serta satu (1) kes di Selangor. Sebanyak empat (4) kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 29 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,350 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 977 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Empat, Kluster Genting Terang, Kluster Jalan Tebrau Pandan, Kluster Jalan Telok Ira, Kluster Jalan Tebrau Khas, Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Lebuh Keluli, Kluster Jalan Istimewa Tujuh, Kluster Jalan City, Kluster Patikang Ulu, dan Kluster Taman Industri);
  • Jumlah kluster aktif : 373 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 43 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), Kluster Teknologi Bukit Minyak (58 kes), dan Kluster Batu 22 (46 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua (2) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Seksyen 16SelangorTempat Kerja
2Jalan AzlanWP Kuala LumpurTempat Kerja
3Taman VistagroSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR219 (2)115,016
SABAH3454,657
JOHOR17141,073
WP KUALA LUMPUR57 (6)37,725
NEGERI SEMBILAN1817,197
SARAWAK19216,061
PULAU PINANG16415,675
PERAK512,891
KEDAH138,357
MELAKA86,495
KELANTAN  496,149
PAHANG54,214
TERENGGANU43,589
WP LABUAN12,319
WP PUTRAJAYA11,139
PERLIS0328
JUMLAH KESELURUHAN941 (8)342,885

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 941 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 219 kes 
    • 22 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seksyen 16;
    • 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 192 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Vistagro;
    • 112 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 171 kes  
    • 121 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 164 kes 
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 57 kes  
    • Dua (2) kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Azlan;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 49 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 34 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 18 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 13 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 29 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.   KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1256320768SarawakPerempuan (WN)63Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1257327104SarawakLelaki (WN)52Hospital BintuluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma
1258330258SelangorLelaki (WN)82Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1259339779SabahLelaki (WN)42Hospital TawauPenyakit gout dan obesiti
1260324169SabahLelaki (BWN)64Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SEKSYEN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327393) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN AZLAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338600) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, Kepong. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN VISTAGRO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337909) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Vistagro, Sri Aman. Sehingga 29 Mac 2021, sejumlah 179 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED