Translate

30 March 2021

Nilai R-Naught Meningkat Kepada 0.94, Kelantan Tertinggi

COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 0.94, Kelantan tertinggi

Astro Awani
30/3/2021

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.2 berbanding 0.92, Sabtu lepas.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 adalah Kelantan 1.16, Pahang 1.14, Melaka 1.09, Sarawak 1.05, Kedah 1.03 dan Pulau Pinang 1.02.

Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Johor 0.96, Sabah 0.95, Kuala Lumpur 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.77, Perak 0.73 dan Terengganu 0.67.

Manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes COVID-19.

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang paling tinggi direkodkan ialah 25 Mac apabila mencapai angka 1.0

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 21 mins ago
A visitor from Ohio viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar, Zahid, Cabinet Ministers pays last respects' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 37 mins ago