Translate

27 March 2021

Bas Rapid KL terbakar di Taman Bunga Raya, Depan UTAR

 
Bas Rapid KL terbakar

Kelab Info Malaysia

PETALING JAYA – Sebuah bas milik Rapid KL hangus terbakar dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Komander Operasi Kanan PBK II Mohamed Yazid Abd. Hamid berkata, kejadian berlaku berhadapan Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Tumbuhan kira-kira pukul 4.59 petang tadi.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Wangsa Maju) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa kejadian berlaku bas tersebut tidak membawa penumpang dan pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.14 petang. Kemusnahan kebakaran bas tersebut dianggarkan 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebakaran turut melibatkan sebuah kereta yang berada berhampiran dan kemusnahan kenderaan terbabit dianggarkan lima peratus.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya.

Source: Kelab Info Malaysia / Kosmo

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Chinese President Xi Jinping has arrived in Malays' 33 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'FINAS advises film industry to penetrate Asian mar' 5 mins ago
A visitor from Skikda viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 29 mins ago
A visitor from Visakhapatnam viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES CULIK | Mangsa Remaja Perempuan Diikat, Disumb' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 47 mins ago