Translate

26 March 2021

Video Viral: Guru Angkat Dan Campak Murid Tadika Cetus Marah Warganet

 

Guru angkat dan campak murid tadika cetus marah warganet


Media Info Jalanan
26/3/2021

BUKAN satu atau dua kes namun banyak kes penderaan murid tadika telah dilaporkan.

Ada yang menyebabkan luka dan lebam selain beberapa kes juga sehingga terjadinya kematian.
Seperti apa yang terjadi ini, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita mengangkat dan menghempas murid di bawah jagaan mereka.

Rakaman itu tular selepas seorang pengguna Facebook bernama Nur Kamelia Sari memuat naik video tersebut dalam grup Penduduk Jalan kebun, Klang.

Menerusi video tersebut yang dimuat naik semula oleh Facebook My Kuala Langat, dilihat seorang wanita dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berbaju seragam sama dengan murid lain.

Wanita itu juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah murid cilik itu terjatuh kerana dicampak.

Apa yang lebih sayu apabila murid-murid lain yang berada di situ hanya memandang ke arah murid yang dicampak itu dengan pandangan yang sangat mengharukan.

Video berdurasi 10 saat itu mencetuskan amarah warganet yang kini mendapat hampir 2000 komen di posting berkenaan.

Rata-rata mereka meluahkan rasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak.

Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamatan murid-murid lain di tadika tersebut.

Harap-harap wanita itu akan diberi hukuman setimpal dan menyesal dengan perbuatannya itu. Kasihan kanak-kanak yang tidak berdosa!

Source: Media Info Jalanan / Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED